Program Bersama TABIKA KEMAS Felda Pasoh 2 (Video Menari dan menyanyi & wordsearch games)
7 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada Setiap bulan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Pasoh 2 akan menerima kunjungan daripada adik-adik Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT bersama adik-adik berlangsung selama 1 jam bermula jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
pada kali ini adik-adik tabika akan belajar menari dan menyanyi melalui Multimedia video nyanyian dan tarian kanak-kanak. Seterusnya adik-adik belajar melalui e-Learning yang berkonsepkan fun With ICT yang mana adik-adik berpeluang bermain dengan wordsearch games. Adik-adik perlu mencari perkataan tersembunyi dan pada sesiapa yang menjumpai perkataan tersebut perlu kehadapan untuk menyelesaikan Wordsearch tersebut.
Dikesempatan ini, pihak PI sangat berterima kasih kepada Puan Norlida, Guru Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 yang sudi bekerjasama dengan PI untuk pembelajaran ICT setiap bulan di PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: